KENAPA AKTIVITI RANGSANG MINDA ITU PENTING?

KENAPA AKTIVITI RANGSANG MINDA ITU PENTING?

Assalamualaikum ibu ayah hebat sekalian,
kelas hari ini saya nak kongsi “Bagaimana nak melakukan aktiviti rangsang minda dengan anak anak”?
Sekarang ini, ramai ibubapa yang mengambil jalan pintas dengan memberikan gajet kepada anak sejak kecil lagi dan mereka merasakan dengan gajet itu sudah membantu pembelajaran anak-anak. Betul ke betul? Haaa tanggapan ni kita kena betulkan. Jadi hari ini saya nak kongsikan apakah aktiviti rangsang minda.

      TIPS AKTIVITI UNTUK MERANGSANG MINDA ANAK ANAK

TIPS 1: Anak Belajar dengan 3 cara

-Visual (belajar melalui penglihatan) Anak dapat melihat bahan yang digunakan untuk belajar didepan mata
-Audio(belajar melalui pendengaran) Anak dapat mendengar arahan ketika belajar 
-Kinestatik (belajar sambil bergerak) Anak dapat bergerak apabila mendengar arahan

 

Gabungan ketiga-tiga cara ini adalah cara yang terbaik untuk anak-anak belajar. Sebagai contoh, jika anak hanya belajar melaui gajet sahaja,dia hanya akan dapat belajar melalui visual dan audio sahaja. Tetapi kinesetik iaitu belajar melalui pergerakan dia tidak dapat kerana anak hanya akan duduk pada satu tempat sahaja dan melihat gajet. 

Contoh aktiviti yang boleh dibuat adalah bermain PUZZLE

Dengan bermain puzzle,anak akan MELIHAT kepingan gambar yang tidak lengkap. Anak mungkin meneka gambar apabila melihat gabungan. Anak akan MENDENGAR arahan atau perbualan berkenaan gambar jadi anak akan dapat ilmu serta info. Akhir sekali anak akan menggunakan tubuh badan seperti tangan dan kaki (baca sebagai bergerak) untuk menggabungkan kesemua gabungan itu. 

TIPS 2: Anak akan belajar dengan lebih fokus

Bila anak belajar dengan aktiviti rangsang minda ni, anak akan lebih fokus kerana mereka akan beri tumpuan terhadap langkah-langkah yang mereka akan lakukan apabila melakukan aktiviti. Jadi apabila anak belajar di sekolah, penumpuan mereka di dalam kelas berada dalam keadaan yang baik.


Berbeza dengan anak yang menghabiskan masa dengan gajet. Penumpuan serta fokus mereka mudah hilang kerana apa yang diapaparkan pada skrin gajet cepat berubah. Sebagai contoh, anak melihat cerita kartun boboboi, situasi dalam cerita kartun ni berbeza beza dengan pelbagai situasi jadi  anak tidak dapat fokus pada satu perkara.Jadi anak yang ketagih dengan gajet ini, mereka akan kurang fokus ketika belajar kerana keadaan sekeliling mereka sama sahaj atidak seperti didalam gajet yang mereka lihat ada pelbagai situasi yang berlaku.

Contoh aktiviti yang boleh dibuat adalah bermain PIPING CONSTRUCITON/LEGO

Anak akan fokus untuk membina sesuatu seperti robot atau kenderaan. Anak akan mula berfikir, melihat, berimaginasi, kreatif, mendengar pelbagai bunyi dan suara, anak akan bergerak dan menggunakan tubuh badan secara optimum. Ini akan meningkatkan daya tumpuan anak dan di masa hadapan anak akan dapat memberi tumpuan di dalam kelas.

TIPS 3: Anak akan seronok untuk belajar

Anak akan rasa seronok untuk belajar apabila dia dapat buat aktiviti tersebut dengan menggunakan cara yang kita sebutkan diatasa tadi. Sebagai contoh bila kita ajar anak tentang buah epal, bagi anak pegang,sentuh dan rasa buah epal itu. Kemudian kita buat aktiviti rangsang minda berkaitan dengan buah epal


Banyak aktiviti yang anak-anak boleh dapat apabila beraktiviti dengan buah epal. Cuba bandingkan anak yang hanya main gajet dan anak yang beraktiviti. Pelajaran melalui gajet adalah sangat terhad. Anak dapat melihat epal dalam skrin tetapi anak tidak merasa, menggigit dan memegang epal.

Contoh aktiviti yang boleh dibuat adalah KOLAJ EPAL

Bagi anak yang beraktiviti, anak boleh pergi ke pasar membeli epal, mendengar suara tentang epal, memegang, menggigit dan merasa kelazatan epal. Kemudian pulang ke rumah dan membuat kolaj epal. Koyak kertas dan tampal cebisan kertas pada gambar epal.

TIPS 4: Bergerak ketika melakukan aktiviti

Aktiviti bergerak ini penting kerana fitrah anak-anak mereka suka bermain. Jadi belajar sambil bermain adalah cara terbaik untuk belajar. Melalui pergerakan aktiviti rangsang minda adalah cara terbaik untuk anak anak belajar dan dapat mencapai tahap perkembanagn yang baik


Berbeza dengan anak yang hanya bermain gajet yang hanya ada elemen visual dan audio yang terlalu terhad. Mereka tidak ada elemen pergerakan yang melibatkan anggota badan keseluruhan.

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah BERMAIN BOLA

Anak yang bermain bola adalah anak yang menggunakan keseluruhan anggota badan serta pancainderanya bagi mencapai tahap perkembangan optimum. Anak melihat bola, mendengar bunyi bola ditendang dan suara/bunyi sekelilingnya, dan anak menggunakan tangan serta kaki untuk bergerak bagi mendapatkan, menendang, membaling, melantun, dan sebagainya.
 

TIPS 5: Anak akan lebih cepat membaca dan menulis

Anak-anak lebih cepat membaca dan menulis melalui tiga elemen penting iaitu visual,audio dan kinestetik. sebagai contoh apabila anak anak bermain playdough bersama kawan-kawan, sudah tentu mereka akan bercakap atau bertanya satu sama lain pada masa yang sama mereka akan mendengar pelbagai kosa kata dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kosa kata mereka.

Selain itu, elemen kinestatik dapat membantu anak cepat menulis  melalui aktiviti bermain playough tadi. Dalam aktiviti ini dapat menggabungkan perkembangan motor kasar dan motor halus,ianya membantu dalam meningkatkan kemahiran menulis mereka.

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan BERMAIN PLAYDOUGH

Anak akan menggunakan tangan untuk membentuk palydough di mana ini sangat bagus untuk kemahiran menulisnya. Ketika bermain anak akan belajar untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Ini akan meningkatkan skil bahasa anak. Maka kemahiran membaca akan terbentuk di sini. 

                    KESIMPULAN 

Jadi kepada ibu ibu , sebenarnya senang sahaja untuk kita bantu anak-anak yang ada masalah gajet ini adalah dengan cara melakukan aktiviti rangsang minda dengan anak anak.  Berikan mereka peluang untuk mereka tunjukkan kreativiti mereka . Ada banyak lagi aktiviti yang menarik seperti aktiviti mencampur cat dan warna,menyusun blok seperti lego,bermain jigsaw puzzle dan lain lain

Close Menu