BK131-BUKU 100 SKRIP

“100 SKRIP MENDORONG ANAK POSITIF”


Skrip Untuk Anak

Mendidik anak merupakan satu tugas yang amat mencabar, didikan secara seimbang & penuh rasional.

Cara kita bercakap dengan anak-anak akan mengajar anak-anak cara bercakap dengan orang lain.

Gunakan bahasa yang baik dan halus, elakkan penggunaan “tidak” atau “jangan”. Gunakan ayat positif untuk memberikan arahan atau tunjuk ajar agar anak-anak berasa yakin, disayangi dan istimewa.


Salah satu kaedah untuk mendorong anak suka melakukan kebaikan adalah menggunakan pujian.

Pujian yang diberikan kepada anak itu mempunyai 2 peranan.

1) Membetulkan konsep diri, iaitu apa yang dia percaya tentang dirinya
2) Meningkatkan estim diri atau disebut sebagai nilai diri. Estim diri positif membentuk tingkah laku positif.

Perkara yang dipuji ialah :

  • Usaha
  • Kerja baik
  • Perbuatan baik
  • Hasil kerja
  • Prestasi
  • Sumbangan
  • Komitmen

Teknik Memuji yang betul

1) Sebut perkara yang dipuji secara spesifik

2) Beritahu ganjaran baik atau kesan positif yang diterima oleh anak apabila perkara itu dilakukan.

3) Sebutkan secara jelas kesan positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku positif. Ini akan memberi 3 mesej.

a. Kanak-kanak belajar mengenali tingkah-laku baik.

b. Kanak-kanak mengetahui betapa tingkah laku baik itu memberi kesan baik kepada diri mereka dan orang sekeliling.

c. Kanak-kanak mengulang semula tingkah laku baik itu.

4) Pujian diberikan serta-merta. Jangan ditangguhkan pada hari dan masa lain.

5) Berikan pujian secara terbuka dihadapan rakan sebaya mereka.

Buku mini “100 Skrip Mendorong Anak Positif ” ini berfungsi sebagai panduan untuk ibu bapa dan guru-guru belajar mempraktikkan Teknik Memuji yang betul. Buku ini menunjukkan contoh-contoh ayat bagi membantu pembaca mencipta skrip-skrip baru untuk situasi-situasi lain.

Scroll to Top